Badan Operasi dan Menyelamat Sumatera Barat membawa turun lebih 164 orang pendaki selepas gunung berapi Merapi meletus dan melepaskan kepulan abu tebal ke udara sejak Sabtu lalu.<br /><br />Laporan Antara News menyebut, kesemua pendaki sudah diberi amaran untuk tidak naik ke puncak gunung namun masih ada yang nekad menuju ke daerah kawah.